fbpx

Pak imam, bilal masjid pun pandai hias pelamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imam dan bilal Masjid Al-Ihsan, Machang memasang hiasan pelamin khusus untuk kegunaan pengantin bagi majlis akad nikah.

PETALING JAYA – Masjid Al-Ihsan di Machang, Kelantan dipuji orang ramai apabila turut menyediakan pelamin khusus kepada pasangan bernikah untuk bergambar kenangan selepas majlis akad nikah yang diadakan di masjid tersebut.

Menerusi video dimuat naik oleh Masjid Al-Ihsan memperlihatkan, jawatankuasa masjid tersebut terdiri daripada golongan lelaki bersama-sama memasang kain, menyusun bangku dan hiasan pada pelamin berwarna putih.

“Persiapan untuk bakal pengantin buat kenangan bersama Masjid Al-Ihsan,” menurut kapsyen masjid tersebut.

Menjawab pertanyaan orang ramai, pihak masjid memaklumkan tiada bayaran untuk pengantin yang mahu bernikah di situ.

“Cuma bayar jurunikah sahaja, kalau nak bagi saguhati kepada masjid pun dialu-alukan,” kata pihak masjid

Dalam pada itu, ramai yang memuji usaha pihak masjid dan tidak kisah sekiranya Masjid Al-Ihsan mengenakan bayaran untuk bernikah di situ.

“Kalau mcm ni punya usaha daripada pihak masjid, bayar lebih pun boleh,” kata pengguna TikTok.

“Susahnya nak jumpa masjid gini. Kalau bayar lebih pun sanggup,” komen individu lain.

“Kreatif geng laki pasang pelamin, terbaik,” komen pengguna TikTok yang lain.

“Bayar lebih pun tak apa sebab usaha dengan pak imam, bilal sekali sama pasang,” ujar seorang individu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI