fbpx

‘Doa kami anak selamat di laut dimakbulkan’ – Bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fitri dan isteri meluahkan rasa syukur dengan penemuan anaknya di perairan Aceh, Indonesia, hari ini.

BALIK PULAU – Waris kepada Nor Hasrul Abdullah, 25, pemuda yang ditemui selamat bersama seorang rakannya selepas hilang di laut sejak enam hari lalu hanya mampu meluahkan rasa syukur sejurus dimaklumkan mengenai penemuan mangsa di perairan Aceh, Indonesia, pagi tadi.

Bapa tirinya, Mohamad Fitri Badiuzzaman, 38 berkata, dia menyambut berita penemuan anaknya itu dengan penuh kesyukuran.

“Saya dapat berita mereka selamat kira-kira pukul 10.15 pagi tadi, pihak polis telefon saya dan saya terus maklumkan pada isteri,Noor Azilah Jamaluddin.

“Allah telah makbulkan doa-doa kami dan berkat solat hajat yang dijalankan anak kami dan rakannya dijumpai dengan selamat.

“Setakat ini, kami masih tidak dapat berhubung dengan Nor Hasrul, kami difahamkan mereka sedang dalam perjalanan pulang ke negara kita dengan bantuan pihak berkuasa negara ini,” katanya kepada Kosmo!.

Mohamad Fitri berkata, mereka sekeluarga terutama isterinya amat merindukan anak lelakinya itu dan tidak sabar untuk bertemu dengannya esok.

Nor Hasrul dan rakannya, Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, ditemui selamat di perairan Aceh, Indonesia hari ini setelah dilaporkan hilang ketika keluar memukat, sejak Selasa lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI