fbpx

Simpati untuk gorila paling sunyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Bua Noi di Zoo Pata. - Foto AFP

BANGKOK  – Seekor gorila betina yang dianggap paling sunyi di dunia masih berada di dalam kandang konkrit yang kotor dan ‘bersendirian’ di sebuah zoo di Thailand, lapor portal berita Daily Star. 

Gorila diberi nama Bua Noi itu terkurung di Zoo Pata, Bangkok selama empat dekad walaupun selepas  sebilangan selebriti dan aktivis hak haiwan global merayu agar Bua Noi dibebaskan.

Laporan mengejutkan sebelum ini menyatakan bahawa pemiliknya menuntut pampasan 30 juta baht (RM4 juta) untuk melepaskan Bua Noi.

Kedegilan pemiliknya bakal menyaksikan Bua Noi bermuram sepanjang cuti perayaan Krismas..

Bagaimanapun, pemilik zoo berkata, dia menyayangi Bua Noi seperti anak perempuannya  sendiri dan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa haiwan tersebut berada dalam keadaan  selamat.

Jason Baker yang merupakan ketua di pertubuhan membela haiwan,  PETA Asia mengecam dakwaan itu.

“Gorila Bua Noi mengalami tekanan psikologi yang melampau hidup di dalam kandang konkrit. Bua Noi dikurung ‘berseorangan’ selama hampir 40 tahun,”  ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI