fbpx

PKRC Maeps 2.0 dinaik taraf, CAC untuk kuarantin di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham (tengah) meninjau penambahan 1400 unit katil di dewan Pusat Kurantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) ketika hadir lawatan ke PKRC Maeps 2.0 di Serdang di sini, hari ini. FOTO: FAISOL MUSTAFA

SERDANG – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) dinaik taraf bermula 18 Januari ini sebagai hospital bersepadu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, langkah itu antara strategi terkini ekoran trend pertambahan kes positif baharu kebelakangan ini yang perlu ditangani segera.

“Kita akan ubah Dewan B untuk boleh menempatkan sebanyak 1,040 katil bagi pesakit bergejala kategori 1 dan 2 serta 30 katil lagi untuk tahap kritikal kategori 3 dan 4,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau persiapan PKRC 2.0 Maeps dekat sini hari ini yang dikendalikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, PKRC 2.0 Maeps juga selepas ini akan dapat mula menerima pesakit baharu kategori 1 dan 2 dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

“Kita juga akan buka Dewan D1 dengan kapasiti 1,400 pesakit risiko rendah warga tempatan berkeluarga dalam aras sama agar mereka tiada tekanan akibat terpisah berjauhan,” jelasnya.

Sementara Dewan B yang sebelum itu menempatkan pesakit wanita warga tempatan sejak awal bulan ini diubah dengan ada ruang tambahan 10 katil seperti Unit Rawatan Rapi (ICU).

Malah Adham berkata, bilangan petugas akan ditingkatkan terutama pegawai perubatan dan pakar dalam bidang tertentu selain jururawat untuk ditempatkan di PKRC 2.0 Maeps.

“Strategi ini disebut ‘step-down care’ untuk fokus pesakit kategori 1 dan 2, namun kategori 3 dan 4 boleh dipindah segera ke hospital Covid-19 terdekat jika berlaku lonjakan kes,” katanya.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI