fbpx

Henry sambut ulang tahun ke-124, ada 10,000 anak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buaya air masih tertua di dunia yang dikenali sebagai Henry. - Pusat Pemuliharaan Crocworld 

SCOTTBURGH, AFRIKA SELATAN – Seekor buaya air masin tertua di dunia yang hidup di sebuah pusat pemuliharaan di Afrika Selatan menyambut ulang tahunnya yang ke-124, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Reptilia bernama Henry itu berukuran panjang 4.99 meter, manakala beratnya mencecah 700 kilogram. 

Henry tinggal di Pusat Pemuliharaan Crocworld, bandar Scottburgh sejak 1985 dan menjadi ‘bapa’ kepada 10,000 anak buaya.

Meskipun ulang tahunnya disambut pada setiap 16 Disember, tarikh kelahiran Henry yang tepat masih belum diketahui. 

Ahli biologi Universiti Alabama, Steven Austad berkata: “Kehidupan di tempat perlindungan membantu Henry mencapai usia tua kerana diberikan makan yang cukup, selain selamat daripada sebarang kecelakaan dan penyakit. 

“Usia 124 tahun bukan sesuatu yang mustahil untuk seekor buaya. Hidup dalam persekitaran selamat cenderung membolehkan buaya hidup lebih lama,” tambah Austad. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI