fbpx

JAIS sedia laporan khas kes murid maut direjat elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengemukakan laporan khas dalam tempoh terdekat berhubung kematian seorang murid akibat renjatan elektrik di sebuah sekolah agama di Serdang, Rabu lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu dihentikan serta merta bagi mengelak kemalangan berulang sekali gus memudahkan siasatan dijalankan.

“JAIS bersama beberapa agensi termasuk polis, Suruhanjaya Tenaga (ST) Selangor dan pihak sekolah turun ke lokasi kejadian kelmarin.

“Kita sedang menunggu laporan rasmi siasatan daripada ST mengenai keselamatan bangunan itu dan akan meminta laporan agensi teknikal lain serta polis bagi tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Ujar Mohd. Shahzihan, satu laporan khas akan dikemukakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar terlibat.

“Kita berharap semua pihak Lembaga Pengurusan Sekolah KAFA atau sekolah agama swasta di Selangor sentiasa memantau perkara yang melibatkan keselamatan guru dan pelajar,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan murid lelaki tahun enam maut dipercayai akibat renjatan elektrik di sekolah itu, kira-kira pukul 6.30 petang Rabu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI