fbpx

Kerajaan setuju teruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada sidang akhbar di Petaling Jaya, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

PETALING JAYA – Kerajaan melalui keputusan Jemaah Menteri semalam telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian tersebut melibatkan mana-mana pesara dan penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP.

Katanya, ia bagi memastikan golongan pesara menerima amaun yang lebih tinggi untuk menjaga kebajikan mereka dalam menangani kos sara hidup masa kini.

“Ini adalah bukti keprihatinan Kerajaan Madani selaras dengan konsep Ihsan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Anwar, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa 1 Disember 2024 lalu turut melibatkan penyelarasan pencen kepada pesara dan penerima pencen terbitan.

“Berdasarkan semakan gaji perkhidmatan awam selaras dengan seksyen 3, Akta Penyelarasan Pencen 1980 [Akta 238].

“Amaun pencen akan diselaraskan berdasarkan peratusan pelarasan gaji ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing secara berfasa pada 1 Disember 2024 dan 1 Januari 2026,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI