fbpx

Lelaki cuba seludup masuk 21.4 kg daging wagyu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis Johor berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki menyeludup masuk 21.4 kg daging wagyu di KSAB, Gelang Patah, Iskandar Puteri semalam.

ISKANDAR PUTERI – Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup masuk tiga kotak daging wagyu di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah di sini semalam berjaya digagalkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor.

Pengarahnya, Edie Putra Md. Yusof berkata, kenderaan persendirian dipandu individu berusia 40 tahun itu ditahan untuk pemeriksaan pada pukul 11.40 pagi.

Menurut beliau, pemeriksaan dijalankan penguatkuasa Maqis bersama pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menemukan 21.4 kilogram daging wagyu bernilai RM18,832.

“Kesemua daging itu disimpan dalam tiga kotak yang diletak di bahagian belakang kenderaan berkenaan. Pemeriksaan lanjut mendapati produk tersebut cuba dibawa masuk tanpa permit import.

“Daging wagyu tersebut juga tidak memiliki sebarang sijil kesihatan veterinar dan sijil pengesahan halal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Edie Putra memberitahu lelaki tersebut telah ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI