fbpx

2 kanak-kanak Filipina bawah umur kerja kilang diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG kanak-kanak lelaki antara dua individu yang bekerja bawah umur diselamatkan JIM Johor dalam Ops Mahir di sebuah kilang di Senai, Kulai, kelmarin.

KULAI – Dua kanak-kanak warga Filipina berjaya diselamatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor dalam operasi Ops Mahir di sebuah kilang pembuatan barangan di Senai di sini, kelmarin.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, dalam operasi pada pukul 6.54 petang itu, mangsa masing-masing merupakan kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 12 dan 13 tahun.

Katanya, tindakan penguatkuasaan ini diambil ekoran maklumat yang diterima berkenaan sebuah kilang menggaji pekerja asing yang disyaki tidak memiliki dokumen yang sah dan penyalahgunaan pas atau permit.

“Hasil pemeriksaan dokumen perjalanan dan dokumen pengenalan diri terhadap 292 pekerja warga asing dan warga tempatan mengesan dua kanak-kanak di bawah umur didapati bekerja di premis tersebut.

“Siasatan awal mendapati mereka telah diambil bekerja sejak tiga bulan lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Rusdi berkata, kedua-dua mangsa diselamatkan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Pejabat Imigresen Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika, di sini untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, seorang pegawai sumber manusia di kilang tersebut berusia 44 tahun turut ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI