fbpx

Kedai runcit ‘kantoi’ sorok minyak masak peket di tong sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TELUK INTAN – Tindakan sebuah kedai runcit yang didakwa menyorok minyak masak peket bersubsidi di dalam tong sampah mengundang padah apabila dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tindakan itu berasaskan risikan dan penyamaran untuk membanteras penyelewengan dan aktiviti menyorok barang kawalan minyak masak peket di kedai-kedai runcit.

“Sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa telah melakukan pemeriksaan dengan membuat uji beli melalui Ops Samar. Semasa uji beli dilakukan, jurujual di kaunter memaklumkan bahawa minyak masak peket sekilogram (kg) telah kehabisan stok.

“Susulan kenyataan itu, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas premis terbabit sebelum menjumpai menjumpai minyak masak peket 1kg anggaran sebanyak 13kg disimpan di dalam sebuah tong sampah di dalam stor milik premis,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, satu arahan pengistiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah diberikan kepada penyelia premis.

Tambahnya, sebanyak 13kg minyak masak peket yang ditemui telah disita untuk siasatan lanjut dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM32.50. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI