SACRAMENTO, CALIFORNIA – Sebuah lori berkuasa hidrogen memecah Guinness World Records selepas menempuh perjalanan lebih 2,896 kilometer dengan sekali pengisian bahan api, lapor agensi berita United Press International.
Dinamakan H2Rescue, lori prototaip hibrid itu menggunakan bahan api hidrogen dan bateri yang direka khas.
Bateri itu mampu membekalkan kuasa 25 Kilowatt (kW) selama 72 jam tanpa kenderaan tersebut perlu mengisi semula bahan api.
“Ia benar-benar mengurangkan kerumitan untuk sebuah kenderaan sampai ke kawasan bencana.
“Pendekatan menggunakan hidrogen dan sel bahan api dalam trak membolehkan ia pergi lebih jauh selain membekalkan tenaga, haba serta air,” kata Pengurus Program di Pejabat Sokongan Misi dan Keupayaan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS).
H2Rescue berjaya mencatatkan rekod di negeri California dengan sifar pelepasan karbon dioksida. – AGENSI