fbpx

Dua lelaki dicekup rentas Sungai Golok guna pangkalan haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi seorang PATI warga Thailand yang dicekup selepas menyeberang Sungai Golok di pangkalan haram Paija, Tumpat semalam. FOTO IHSAN PGA

TUMPAT – Dua lelaki termasuk seorang warga Thailand dicekup selepas mereka merentas Sungai Golok untuk memasuki negara ini menggunakan dua pangkalan haram berasingan di Pengkalan Kubor, di sini semalam.

Lelaki warga tempatan berusia 53 tahun dan seorang lagi 52 tahun ditahan semasa anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan pangkalan haram.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki di pangkalan haram Tanjung, di sini kira-kira pukul 5.15 pagi.

Menurutnya, anggota PGA melihat sebuah bot dari Thailand menuju ke tebing Sungai Golok di sebelah negara ini semasa melakukan rondaan.

“Pemandu bot itu kemudian melarikan diri dan meninggalkan penumpangnya di tebing sungai. Hasil pemeriksaan ke atas suspek tidak menjumpai barangan yang menyalahi undang-undang.

“Siasatan lanjut mendapati, lelaki itu dipercayai masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Nik Ros Azhan memberitahu, anggota Batalion 9 PGA kemudian menahan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand pangkalan haram Paija di sini kira-kira pukul 5.45 petang semalam.

Menurutnya, anggota PGA pada awalnya mendapati seorang lelaki berada dalam keadaan mencurigakan di pengkalan haram tersebut.

“Selepas pemeriksaan dijalankan, lelaki itu didapati tiada dokumen perjalanan yang sah,” ujarnya.

Beliau berkata, lelaki tempatan itu ditahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 manakala suspek warga Thailand disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) akta sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI