KONSERT The Journey of Sound: Judika & Nurhaliza yang berlangsung meriah di Stadium Merdeka baru-baru ini ternyata meninggalkan 1,001 memori manis buat semua pembeli tiketnya.
Acara tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ramai selebriti tanah air termasuk Fattah Amin, Nora Danish, Marsha Milan dan Hael Husaini.
Namun, gelagat selebriti yang paling mencuri perhatian ramai ialah Anzalna dan Sherry Ibrahim yang rancak berkaraoke lagu-lagu Siti sepanjang konsert berlangsung.
“Berdarah telinga Sitizoners dengar suara Anzalna. Maaf dik, ini sahaja akak mampu,” seloroh Anzalna.
Bukan itu sahaja, MK K-Clique juga turut dilihat hadir dan istimewanya, membawa isteri tercinta, Siti Hajaar ke konsert tersebut.
“Alhamdulillah dapat bawa isteri tengok konsert Biduanita Negara,” katanya.