fbpx

Skim Harga Maksimum Krismas babit 14 barangan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan ketika pengumuman SHMMP Krismas 2024 di Kuala Lumpur hari ini. Foto ihsan KPDN

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di seluruh negara sempena sambutan Krismas 2024 berkuat kuasa pada 23 hingga 27 Disember ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tempoh pelaksanaan SHMMP selama lima hari itu melibatkan sebanyak 14 jenis barangan.

Katanya, ia melibatkan ayam tua hidup (Sarawak sahaja), kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), lobak merah, tomato, cili merah, lada benggala hijau dan bawang merah besar import.

Barangan lain ialah bawang merah besar import, bawang kuning besar, ubi kentang import (China), babi hidup (peringkat ladang), kepak ayam, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak)

“(Manakala) kepak ayam, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak) di Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja,” katanya hari ini.

Armizan memaklumkan, tempoh pelaksanaan SHMMP kali ini bersesuaian mengikut keadaan semasa bagi mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga.

“Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama,” katanya.

Beliau menambah, senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti ketersediaan penawaran, kos semasa, cuaca, kadar upah dan faktor-faktor lain-lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI