fbpx

“Orang lain buat salah, saya disaman RM5 juta”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DORCEY (kiri) disaman RM5 juta kerana perbuatan pemilik rumahnya yang terdahulu. - Foto WSVN

WASHINGTON  –  Seorang pemilik rumah di negeri Florida terkejut apabila menerima saman berjumlah lebih AS$1 juta (RM4.5 juta), lapor portal berita MailOnline hari ini. 

Denny Dorcey membeli rumah itu 10 tahun lalu sebelum membaik pulih sepenuhnya kediaman tersebut.

Namun, lelaki itu terkejut selepas apabila menerima saman berjumlah AS$1,097,400 (RM5 juta) kerana pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh pemilik terdahulu rumah tersebut.

“Surat (saman) ini mengatakan bahawa saya berhutang dengan bandar raya Florida lebih AS$1 juta untuk saman pelanggaran peraturan,” katanya. 

Surat saman itu memperincikan empat pelanggaran kecil yang dilakukan oleh pemilik rumah  terdahulu. 

“Perkara kecil seperti (membiarkan) tumbuhan rumpai di garaj kereta,” tambahnya. 

Apabila Dorcey memberitahu dia tidak mampu membayar saman yang begitu besar, dia diminta menghubungi agensi kutipan dan berunding tentang penyelesaiannya. 

Jumlah bayaran yang menakutkan itu di luar jangkaan Dorcey. Ini kerana walaupun ia bukan salahnya, saman itu tetap menjadi tanggungjawab Dorcey. –  AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI