fbpx

Empat ditahan kes pecah masuk pusat kecantikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang dirampas pihak berkuasa.

PETALING JAYA – Empat individu termasuk seorang wanita ditahan polis kerana yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk spa dan pusat kecantikan di Sri Hartamas pada 2 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, polis menerima laporan daripada pemilik premis berusia 32 tahun berhubung kejadian yang membabitkan kerugian lebih RM32,700 itu pada 2 Januari lalu.

“Antara barang dilaporkan hilang tiga kotak peralatan barangan elektrikal jenama BOSCH dianggar bernilai RM2700 dan tiga kotak barangan suntikan vitamin kesihatan bernilai RM30,000.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menjalankan siasatan dan menahan kesemua suspek di lokasi berasingan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anuar berkata, tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki berusia 38 tahun di Damansara pada pukul 5.30 petang, 8 Januari lalu.

Menurut beliau, polis seterusnya menahan seorang lelaki berusia 35 tahun di Pekan Ayer Hitam, Kedah pada pukul 6.53 pagi, 9 Januari lalu.

Tambah beliau, polis kemudian menahan seorang wanita berusia 33 tahun di Setapak, pada pukul 12.10 tengah malam Jumaat.

Kata beliau, pada pukul 5.44 pagi hari sama, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 46 tahun di Jalan Gombak.

Menurut beliau, suspek lelaki berusia 35 tahun mengaku terlibat dan telah dituduh di mahkamah pada 15 Januari lalu di atas kesalahan menyimpan barang curi.

Kata beliau, suspek lelaki yang ditahan di Jalan Gombak dan suspek wanita namun tidak mengaku terlibat dengan kes itu

Bagaimanapun, katanya, suspek wanita mengaku barang-barang yang dirampas daripadanya adalah hasil kegiatan jenayah pecah kedai yang dilakukan oleh teman lelakinya yang masih bebas.

“Suspek berusia 46 tahun pula mengaku barang yang dirampas hasil kegiatan jenayah pecah kedai yang dilakukan dua lelaki dikenali sebagai Ah Tiong dan Ah Boon.

“Dia dan suspek wanita direman di bawah peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah pada 15 hingga 18 Januari 2021,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI