fbpx

F1: Lawson jadi pilihan Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAWSON mengesahkan tempatnya bersama Red Bull untuk mengharungi perlumbaan musim depan menggantikan Perez. - AFP

LONDON – Pelumba muda dari New Zealand, Liam Lawson sah mengambil alih tempat Sergio Perez bersama pasukan Red Bull dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim depan.

Pengumuman itu hadir sehari selepas Perez membuat keputusan menamatkan kontrak setahun lebih awal berikutan aksi hambarnya bersama Red Bull musim ini tanpa sebarang kemenangan.

Kehadiran Lawson untuk menyertai Max Verstappen sudah dijangka berikutan aksi yang cukup baik bersama RB sekali gus berjaya menarik perhatian penaja.

“Menjadi sebahagian daripada Oracle Red Bull Racing adalah impian saya sejak kecil dan akhirnya menjadi kenyataan.

“Saya teruja untuk berlumba bersama Max (Verstappen) dan teruja untuk belajar daripada seorang juara dunia. Ini adalah peluang yang sangat besar dan saya bersedia menyahut cabaran,” kata Lawson.

Sementara itu, ketua pasukan Red Bull, Christian Horner memuji keberanian Lawson, menyifatkannya sebagai pelumba yang berhak berada dalam pasukan utama.

“Lawson adalah bakat hebat daripada Program Red Bull Junior. Dia meneruskan tradisi kami dalam mempromosikan pelumba muda berbakat, seperti Sebastian Vettel dan Max Verstappen.

“Berlumba bersama Max bukan tugas mudah, tetapi kami yakin Lawson mampu memberikan hasil yang cemerlang musim depan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN