fbpx

EPL: Arsenal sedia ulangi kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ODEGAARD (kiri) dan Saka memikul harapan Arteta untuk mengemudi jentera serangan dalam misi memburu kemenangan ke atas Palace awal pagi esok. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyeru agar pasukan mempamerkan aksi lebih konsisten dalam usaha memburu kemenangan pertama dalam tiga perlawanan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Crystal Palace awal pagi esok.

Sebagai rekod, misi The Gunners untuk mencabar kedudukan teratas dalam kempen EPL ‘tersekat’ selepas meraih dua keputusan seri berturut-turut ketika bertemu Fulham dan Everton baru-baru ini.

Namun, Arteta percaya kejayaan melangkah ke pusingan separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) dengan menewaskan Palace 3-2 awal minggu ini telah menyuntik semula semangat pasukan untuk memburu kemenangan.

“Kita akan bertemu Palace sekali lagi pada minggu ini dan saya harap pasukan dapat meneruskan momentum kemenangan. Secara jujur, ini adalah kejohanan yang berbeza dan pastinya pemain terbaik akan diturunkan.

“Peringatan saya kepada pemain adalah jelas, saya mahu mereka fokus untuk meraih tiga mata penting meskipun bukan mudah untuk menang di tempat lawan nanti,” katanya.

Sementara itu, Arteta turut berharap dua pemain sensasi, Martin Odegaard dan Bukayo Saka dapat kembali memberikan impak besar dalam memacu jentera serangan pasukan yang dilihat kurang menyengat sejak beberapa aksi lepas.

“Semua orang tahu Odegaard dan Saka adalah dua pemain paling penting dalam pasukan kami kerana mereka adalah nadi di jentera serangan. Saya harap mereka dapat membantu pasukan untuk memburu lebih banyak gol pada aksi kali ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN