fbpx

Operasi dihentikan, empat hari gagal cari Mahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAR warga emas yang juga bekas tentera berusia 78 tahun yang hilang sejak petang Isnin lalu dihentikan semalam.

REMBAU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) warga emas yang juga bekas tentera berusia 78 tahun dari Kampung Air Melintang, Kota, di sini, yang hilang sejak petang Isnin lalu dihentikan semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, operasi SAR mengesan Mohd Mahat Said, 78, merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal dihentikan berikutan pasukan penyelamat tidak menemukan sebarang petunjuk kehilangan.

Menurutnya, operasi yang disertai lebih 200 individu terdiri dari pelbagai agensi penyelamat serta penduduk itu juga telah menggunakan pelbagai kaedah, namun, masih gagal menemukan mangsa.

“Pasukan penyelamat menggunakan khidmat empat anjing pengesan iaitu dua dari Unit Anjing Pengesan (K9) K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan dua lagi K9, Pasukan Bomba dan Penyelamat.

“Malah, kita juga menggunakan dron mengesan haba badan semasa pencarian di kawasan belukar dan kebun getah, selain khidmat anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM),” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI