fbpx

NGO gesa UM siasat kematian kucing, tawar RM5,000 kepada mahasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bangkai kucing yang ditemui dengan keempat-empat kaki dipotong di dalam pekarangan Universiti Malaysia.

PETALING JAYA – Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) menggesa Universiti Malaysia (UM) untuk menyiasat insiden ngeri membabitkan kematian beberapa ekor kucing demi menjaga imej universiti sebagai tempat melahirkan masyarakat bertamadun.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, ia susulan penemuan bangkai kucing dengan keempat-empat kaki dipotong serta mempunyai kesan perut terbelah dalam kawasan UM.

Menurutnya, pihak berkuasa penyiasat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mengklasifikasikan kes kematian kucing tersebut akibat serangan dan gigitan kumpulan anjing liar.

“Selang sehari daripada kenyataan rasmi tersebut sekali lagi seekor bangkai kucing ditemui dalam keadaan kaki dipotong dengan paha dilapah.

“Amatlah diragui jika dikatakan serangan anjing liar kerana kesan potongan kaki dan peha kucing adalah seperti bekas potongan menggunakan alat tajam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, satu penyiasatan komprehensif perlu dilakukan oleh pihak UM dengan mengenal pasti televisyen litar tertutup (CCTV) untuk mendapatkan rakaman individu yang memegang kucing sebelum kejadian.

“Jik kucing dijadikan kajian penyelidikan makmal. la perlu dikendalikan dengan betul. Aktiviti penyelidikan merupakan salah satu daripada 13 aktiviti melibatkan haiwan yang perlu lesen DVS,” jelasnya.

Tambahnya, PHM juga menawarkan saguhati bernilai RM5,000 kepada mahasiswa supaya tampil memberi maklumat dan bukti supaya pelaku berjaya didakwa dan dijatuhi hukuman di mahkamah.

“Salurkan aduan ke Hotline www.wasap.my/+601171245930. Kerjasama ini mampu mengubah ketamadunan bangsa dan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI