fbpx

Jenazah bayi beku: Polis tunggu laporan penuh bedah siasat ‘Adham’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein Omar Khan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu laporan penuh bedah siasat jenazah bayi lelaki didakwa disimpan dalam peti sejuk selama dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini seramai 14 individu dirakam keterangan untuk membantu siasatan.

“Setakat ini sebanyak 14 saksi telah diambil keterangan termasuk ibu bapa bayi, doktor, petugas hospital, sukarelawan yang menguruskan jenazah bayi dari Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) dan saksi-saksi awam.

“Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat (bayi),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis akan memanggil beberapa individu termasuk pihak hospital berhubung isu terbabit selepas ibu bapa bayi itu gagal menjelaskan bayaran bil hospital.

Polis mengesahkan menerima laporan daripada bapa mangsa dan laporan itu diklasifikasikan sebagai Kertas Enkuiri Polis (KEP).

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sedang menjalankan siasatan secara mendalam bagi menentukan sekiranya terdapat sebarang unsur jenayah dalam kes tersebut serta menanganinya sebaik mungkin.

Dalam pada itu, peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili bapa bayi itu, Safwan Roshdy, 22, memaklumkan akan mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menabur fitnah kepada anak guamnya termasuk dakwaan tidak berkahwin.

Kisah bayi dinamakan Adham dan meninggal dunia beberapa minit selepas dilahirkan menjadi tumpuan apabila jenazahnya ‘ditahan’ di bilik sejuk beku sebuah hospital swasta selama dua minggu selepas bapanya tidak dapat melunaskan bil hospital.

Kisah pilu itu dimuat naik pada Facebook pengurusan jenazah Islam Mr Wan Chai Official yang mengambil tanggungjawab untuk menguruskan jenazah bayi berkenaan.

Wan Chai memaklumkan, pihaknya menghadapi kesukaran sewaktu menguruskan jenazah bayi berkenaan kerana dalam keadaan beku sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI