fbpx

Lelaki parah, motosikal rempuh MPV polis elak anjing lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas merempuh sebuah MPV di Kilometer 10, Jalan Jeli-Dabong di Jeli semalam. -Foto PDRM

JELI – Seorang lelaki parah selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta peronda polis (MPV) yang mengelak anjing melintas jalan di Kilometer 10, Jalan Jeli-Dabong sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 9.20 malam itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Polis Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, siasatan awal mendapati, sebuah MPV jenis Honda Civic sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Balah ke Jeli.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai cuba mengelak anjing yang tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.

“Keadaan itu menyebabkan motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa yang datang dari arah belakang dikatakan merempuh sisi kanan MPV tersebut.

“Penunggang motosikal itu didapati cedera parah. Tindakan bantuan oleh pihak polis dan orang awam telah dilakukan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Saari memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tidak cermat dan tidak bertimbang rasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI