fbpx

Kedai makan di Bukit Jambul ada urungan lipas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan MBPP meletakkan notis penutupan di sebuah premis di Bukit Jambul ekoran penemuan urugan lipas di dapur, semalam.

GEORGE TOWN – Sebuah premis makanan di Bukit Jambul di sini diarah tutup operasi dengan serta-merta bermula semalam ekoran penemuan urungan lipas dan ruang dapur yang kotor.

Menerusi kenyataan Majis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), premis berkenaan antara lapan kedai yang diperiksa dalam Operasi Kebersihan Establisymen Makanan di kawasan tumpuan orang ramai.

Katanya, operasi yang dikendalikan pegawai dari Unit Tred, Industri dan Establisymen Makanan Zon Selatan itu bermula pada pukul 10 pagi dan tamat pada 1.30 tengah hari.

“Arahan penutupan premis selama 14 hari, bermula semalam adalah berdasarkan penemuan urungan lipas dan ruang dapur yang tidak memuaskan.

“Dalam operasi ini juga, sebanyak lima Notis Tawaran Kompaun (NTK) telah dikeluarkan berdasarkan pelbagai kesalahan.l,” katanya di sini hari ini.

Antara kesalahan tersebut adalah meletakkan atau menempatkan bahan makanan kurang 20cm (sentimeter) dari paras lantai, tidak mengambil langkah-langkah sesuai untuk elak makanan tercemar (contaminated / cross – contamination), dan kondisi tandas yang tidak bersih.

“Pemantauan dan pemeriksaan mengejut ke semua premis-premis makanan di bahagian pulau, Pulau Pinang akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan premis sentiasa bersih dan mencapai piawaian pemarkahan yang telah ditetapkan,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, selain memberi khidmat nasihat kepada peniaga tentang aspek kebersihan, pegawai MBPP juga memberi peringatan tentang larangan penggunaan penyedut minuman plastik di semua premis makanan dan minuman berkuat kuasa 1 Oktober lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI