fbpx

[VIDEO] Anak mula bersekolah, saya janji beri kerjasama – Along Cham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nizamuddin Ahmad atau dikenali Along Cham didakwa di Mahkamah Sepang hari ini. - FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Pelawak Along Cham atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad mengaku tidak bersalah di dua mahkamah di sini hari ini atas kesalahan memiliki dadah jeberat lebih 60 gram (g) minggu lalu.

Along Cham , 41, membuat pengakuan itu masing-masing di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman dan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Di Mahkamah Sesyen, pelawak itu didapati dalam milikannya kanabis seberat 58.23 g di sebuah rumah di Laman Lakeview, Cyberjaya di sini pada pukul 3.10 petang, 14 Disember lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Fadly Hashim.

Walau bgaimanapun semasa prosiding, Along Cham membuat rayuan sendiri untuk diberikan ikat jamin.

“Saya merayu jaminan kerana ada anak mula bersekolah, saya merayu saya ada anak, saya janji, sumpah akan beri kerjasama,” katanya.

Hakim Ahmad Fuad bagaimanapun tidak membenarkan ikat jamin berikutan peruntukan undang-undang di bawah seksyen itu tidak boleh dijamin.

“Jaminan tidak dibenarkan, peruntukan undang-undang telah nyatakan kes ini tidak boleh dijamin.

“Kika peruntukan undang-undang menyatakan boleh dijamin, bolehlah saya pertimbangkan,” katanya.

Justeru Hakim Ahmad Fuad tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 27 Januari depan untuk serahan laporan kimia.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Along Cham mengaku tidak bersalah atas kesalahan memiliki 2.07g dadah jenis sama pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6 ADB 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur ‘Ain Madihah Zulkifli tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh mempunyai satu lagi kes di Mahkamah Sesyen yang tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun peguam Mohd. Fadly memohon dibenarkan ikat jamin kerana anak guammnya menyara isteri dan empat anak.

Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari 2025 untuk sebutan semula kes. Isteri Along Cham, Afreena Suhaimi, 32, turut hadir di mahkamah hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang selebriti ditahan di sebuah rumah teres di Cyberjaya pada 14 Disember lalu bersama dadah disyaki ganja. Dia ditahan di bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952.

Ujian saringan awal air kencing menunjukkan lelaki itu positif dadah tetra hydrocannibol (THC). Siasatan awal mendapati selebriti itu tidak mempunyai rekod jenayah.

Semalam, isteri Along Cham, Afreena Suhaimi, 32, menerusi siaran langsung di Instagram memaklumkan akan terus berjuang demi menuntut keadilan buat suaminya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI