fbpx

Ejen hartanah rugi RM85,000 tertipu projek bina hotel di Pattaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
pattaya
GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Seorang ejen hartanah berputih mata apabila kerugian sebanyak RM85,000 selepas ditipu berhubung projek pembinaan hotel di Pattaya, Thailand yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 37 tahun diperdaya dalam bentuk mata wang kripto tether (USDT) sebanyak AS$20,000 atau RM85,000.

Katanya, mangsa ditawarkan pelaburan itu oleh dua lelaki asing berusia 35 dan 39 tahun untuk pembinaan projek hotel di Pattaya pada Mac lalu.

“Mangsa berminat selepas dijanjikan saham pemilikan sebanyak satu peratus, bersamaan AS$10,000 (RM45,100).

“Pada 8 Julai lalu, mangsa memindahkan mata wang kripto AS$T20,000 ke dalam akaun suspek, namun tidak mendapat sebarang pulangan keuntungan selepas membuat bayaran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub memberitahu, mangsa yang berasa tertipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS.

Dalam kes berasingan, polis menerima laporan berkaitan pelaburan tidak wujud melibatkan seorang pendandan rambut wanita berusia 48 tahun sehingga kerugian lebih RM20,000.

Mangsa menerima mesej menerusi WhatsApp daripada individu tidak dikenali yang memperkenalkan pelaburan saham dengan keuntungan cepat.

“Mangsa memberikan butiran peribadi dan nombor akaun bank kepada suspek bagi membuka akaun pelaburan. Mangsa membuat tujuh transaksi bayaran ke dalam lima akaun bank sejak  27 November hingga 12 Disember lalu sebelum panggilan disekat,” katanya.  -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI