fbpx

PM zahir ucapan takziah pemergian  Tun Salleh Abas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Muhyiddin turut menzahirkan rasa sedih di atas pemergian Allahyarham.

“Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham atas kehilangan orang tersayang.

“Semoga mereka tabah menghadapi detik yang mendukacitakan ini,” katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin mewakili pihak kerajaan turut menzahirkan penghargaan di atas sumbangan Allahyarham sepanjang berkhidmat selaku Ketua Hakim Negara pada tahun 1984 hingga 1988.

“Bagi pihak kerajaan, saya ingin merakamkan ucaan terima kasih atas sumbangan Allahyarham dalam memperkasa dan mengangkat integriti institusi kehakiman.

“Sama-sama kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI