fbpx

[VIDEO] ‘Susah nak dapat kawan macam ni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran tersebut.

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menziarahi kubur rakan sekelas selepas selesai menduduki ujian bertutur Bahasa Inggeris mengundang sebak netizen.

Menerusi hantaran TikTok oleh @nisyrff, video tersebut memaparkan mereka duduk mengelilingi kubur sahabat yang masih baharu, dengan ada yang membaca surah Yasin melalui telefon bimbit.

Difahamkan melalui ruangan komen, arwah sahabat mereka meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Subang beberapa hari yang lalu.

Sementara itu, hantaran itu telah meraih simpati daripada pengguna media sosial yang rata-rata meluahkan rasa sedih dan menghargai pengorbanan pelajar-pelajar tersebut yang tetap meluangkan masa untuk menziarahi sahabat mereka.

“Ini baru betul kawan dunia akhirat, susah nak dapat kawan macam ni,” ujar Zaty.

“Ini baru sahabat dunia akhirat. Perginya dia disusuli teman yang baik menziarahi kuburnya. Al-Fatihah,” komen Raden Shah.

“Harap masa aku dah tak ada nanti, kawan-kawan aku macam ni,” luah Fekh. – KOSMO! ONLINE

@nisyrffmaaf wan sebab lambat datang tengok kau, kitaorang lepas je ubbi kitaorang terus melawat kubur kau wan, semua sayang kau wan 😭, al-fatihah Izuan Ismail bin Ibrahim

♬ suara asli – Sadvibes🥀

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI