fbpx

Pengawal keselamatan minta Asyraf Wajdi isi buku lawatan, dapatkan pas pelawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi melakukan lawatan mengejut di KPM Indera Mahkota di Kuantan, Pahang kelmarin

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkongsi insiden mencuit hati ketika melawat sebuah Kolej Profesional Mara (KPM) baru-baru ini.

Menurut Asyraf Wajdi, beliau mempunyai urusan di Kuantan, Pahang petang kelmarin dan mengambil kesempatan untuk melakukan lawatan mengejut di KPM Indera Mahkota.

Bagaimanapun, katanya, beliau telah diminta oleh pengawal keselamatan supaya mengisi buku rekod pelawat dan mendapatkan pas terlebih dahulu jika mahu memasuki institusi dibawah Mara tersebut.

“Encik kena isi buku rekod pelawat untuk dapatkan pas dulu! Tegas pengawal keselamatan kepada saya (tak sedar kehadiran saya secara mengejut ke KPM Indera Mahkota),” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, beliau melakukan lawatan mengejut kerana menerima beberapa mesej dan komen di media sosial yang mengadu mengenai beberapa isu di KPM Indera Mahkota.

Menurut beliau, ibu bapa dan pelajar antara lain membangkitkan tentang penggunaan Wi-Fi yang dihadkan sehingga pukul 11 malam, kebersihan kafe, keadaan fasiliti seperti tandas, asrama dan siar raya musolla.

“Alhamdulillah, Pengarah (KPM Indera Mahkota) pun kebetulan ada waktu saya menerjah. Banyaklah perkara dapat diselesaikan, malah beberapa aduan ibu bapa dan pelajar telah pun diangkat kepada pengurusan Mara sebelum ini.

“Kebetulan baru sahaja saya mempengerusikan Majlis Mara untuk meluluskan peruntukan tambah baik KPM Indera Mahkota sebanyak RM3.1 juta minggu lalu,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata, beliau berharap dengan penambahbaikan fasiliti serta polisi baharu penggunaan Wi-Fi dapat dimanfaatkan pelajar KPM Indera Mahkota untuk meningkatkan lagi prestasi kecemerlangan – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI