fbpx

Hujan berterusan di Sarawak, Sabah hingga Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, di Sarawak, kawasan terlibat termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

“Di Sabah, hujan berterusan dijangka berlaku di kawasan Pantai Barat meliputi Ranau dan Kota Belud, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan), serta Kudat,” katanya.

Penduduk di kawasan yang terjejas dinasihatkan agar berwaspada terhadap risiko banjir kilat, tanah runtuh, dan angin kencang yang boleh menyebabkan kerosakan pada harta benda.

Orang ramai juga disarankan untuk sentiasa peka dengan amaran cuaca terkini dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI