fbpx

Senyap-senyap anak 6 tahun pesan 16 ketul ayam goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Budak enam tahun membuat pesanan lapan set ayam goreng dua ketul menggunakan akaun e-dagang ibunya tanpa pengetahuan wanita itu dan suami.

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri terkejut apabila secara tiba-tiba penghantar makanan menghantar lapan set ayam goreng dua ketul ke rumah mereka.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan di TikTok@toyosan70, pada awalnya kelihatan reaksi si bapa dalam keadaan kebingungan ketika penghantar menyerahkan bungkusan makanan tersebut di pagar rumah dengan menyebut penerima adalah Seri Rahayu.

Lelaki tersebut segera bertanya kepada isterinya iaitu Seri Rahayu berkaitan pesanan terbabit namun, wanita itu juga memaklumkan tidak membuat sebarang pembelian secara dalam talian.

“Banyaknya! Siapa pesan ini? Isteri saya kata dia tak pesan.

“Betul ke ini alamatnya bang (penghantar makanan)? Cuba abang semak semula,” kata lelaki itu.

Penghantar tersebut mengambil makanan itu semula dan membuat semakan alamat pada kawasan kejiranan yang lain dan kemudian berpatah balik ke rumah sama.

Selepas ‘disiasat’, rupanya anak kepada pasangan tersebut yang masih berusia enam tahun adalah ‘dalang’ sebenar membuat pesanan lapan set ayam goreng menggunakan akaun dalam talian ibunya.

“Siap pilih ayam original. Tak apalah Allah yang gerakkan untuk kongsi rezeki,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN