fbpx

Kerjasama Cef Florence Tan tampil menu masakan Peranakan di Grand Hyatt KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cef Florence Tan menunjukkan hidangan peranakan terbaik idea masakannya di Grand Hyatt KL baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Grand Hyatt Kuala Lumpur (KL) baru-baru ini telah bekerjasama dengan Cef Selebriti, Florence Tan untuk menghidangkan beberapa hidangan unik hasil air tangan duta masakan Peranakan yang terkenal itu kepada para pengunjung.

Bersempena JP Peranakan PalateWeek bertempat di sebuah restoran JP Teres yang memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), hotel berkenaan memberi peluang kepada para pengunjung menikmati hidangan autentik masakan nyonya yang enak.

Tan menjelaskan, kerjasama tersebut memberi peluang kepadanya untuk menghidangkan empat hidangan menarik iaitu Ikan Gerang Assam atau nama lain bagi asam pedas Melaka, Sup Itik Tim, Chicken Sek dan juga Fried Nyonya Noodles yang dimakan bersama rojak.

“Bezanya gerang assam dengan asam pedas masakan Melayu agak berbeza kerana saya menggunakan buah keras tetapi tidak menggunakan halia dan lada hitam, tapi cara memasaknya adalah sama tetapi ia perlu direneh lama 

“Penyediaan memasak rempah ratus itu adalah penting dan memerlukan masa yang agak lama, agar ia wangi dan masak betul, jika tidak,  ia akan cepat basi.

“Boleh digunakan pelbagai jenis ikan tetapi saya selalu gunakan ikan tenggiri,” katanya ketika ditemui pada sesi prebiu masakan cef berkenaan di hotel tersebut di sini baru-baru ini.

Empat menu istimewa tersebut telah melengkapkan lagi hidangan bufet makan tengahari dan juga makan malam di restoran JP Teres pada waktu terhad pada awal bulan ini sahaja.

Sementara itu, Executive Cef, Grzegorz Odolak di hotel berkenaan dalam kenyataan menjelaskan, ini adalah salah satu prebiu program yang akan dianjurkan Grand Hyatt Kuala Lumpur iaitu siri Dine With Chef yang bakal berlangsung pada bulan Mei tahun depan.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan bakat kulinari tempatan dan antarabangsa yang mahu mempamerkan hasil hidangan unik dan kreatif masing-masing.

“Kerjasama ini menunjukkan komitmen kami untuk menyampaikan pengalaman ikonik yang menghargai kebudayaan dan sejarah sekali gus memberikan pengalaman menarik makanan bagi para pengunjung kami,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI