fbpx

Pelakon Mukhsin, Sharifah Aryana selamat bergelar isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH Aryana dan suami Jad Hanif Jimmy.

PETALING JAYA – Pelakon filem Mukhsin, Sharifah Aryana yang juga anak seniwati handalan, Fatimah Abu Bakar, selamat bergelar isteri kepada Jad Hanif Jimmy dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan semalam.

Sharifah Aryana atau lebih mesra disapa Yana, 26, menerusi Instagram berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik foto mengenakan busana sedondon berwarna putih bersama suaminya.

“Alhamdulillah selesai sudah majlis akad nikah. Terima kasih kepada semua yang sempat hadir secara online (dalam talian) terutama keluarga di Kuching. Insya-Allah kami akan ke sana nanti,” katanya.

Pada masa sama, Yana turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu melancarkan untuk majlis pernikahannya.

“Terima kasih semua ikhlas dari hati saya,” kata Yana.

Yana dinikahkan sendiri oleh bapanya, Syed Zainal Rashid Alyahya dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat.

Bagaimanapun majlis pernikahan Yana tidak dapat dihadiri pihak keluarga pengantin lelaki kerana berada di Kuching, Sarawak.

Mereka hanya menyaksikan majlis tersebut berjalan secara dalam talian ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan di beberapa buah negeri.

Yana yang juga adik bongsu kepada pelakon Sharifah Aleya, Sharifah Amani dan Sharifah Aleysha sebelum ini cukup terkenal menerusi filem Mukhsin (2007) arahan Yasmin Ahmad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI