SYDNEY – Fenomena semula jadi aneh berlaku apabila awan berbentuk objek terbang tidak dikenali (UFO) dilihat di langit Cronulla, pinggir kota raya Sydney, lapor portal berita MailOnline hari ini.
Penduduk terpegun melihat awan itu yang terbentuk pada minggu ini, manakala gambarnya tular di media sosial.
Bagaimanapun, ahli meteorologi tempatan, Weatherzone Felix Levesque berkata, awan aneh itu tidak perlu dibimbangkan.
Menurutnya, fenomena itu berlaku disebabkan udara sejuk terpeluwap sehingga membentuk awan pegun.
“Awan pegun ini pula mempunyai rupa bujur dan licin, menyebabkan ia disalah anggap sebagai UFO,” katanya.
Ramai netizen yang memberikan komen tentang awan ganjil itu dengan ada menulis dengan nada bergurau bahawa ia adalah alam makhluk asing. – AGENSI