SEPANG – Seorang pelawak lelaki yang terlibat kes ganja pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Sepang pagi esok.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi hari ini.
“Esok pagi pelawak itu akan dituduh di mahkamah . Baru dapat arahan daripda Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.
Terdahulu, selebriti lelaki berusia 41 tahun itu mendapat perintah lanjut reman selama empat hari selepas tempoh lima hari reman tamat hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, selebriti itu ditahan di sebuah rumah teres di Cyberjaya pada petang 14 Disember lalu bersama dadah disyaki ganja seberat 60.3 gram. – KOSMO! ONLINE