fbpx

Netizen bimbang wujud ‘Kluster Ayam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menyerbu Rumah Perlindungan Kucing di Putrajaya semalam bagi mendapatkan ayam percuma yang diberikan oleh Pemuda UMNO Putrajaya.

PETALING JAYA – Tindakan kira-kira 2,000 penduduk sekitar Putrajaya menyerbu Rumah Perlindungan Kucing, di sana bagi mendapatkan ayam percuma semalam mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Melalui foto yang dikongsi di laman Facebook Rizal Hakimm semalam, ribuan penduduk menyerbu pusat itu kira-kira pukul 4 petang bagi mendapatkan ayam percuma yang diberikan oleh Pemuda UMNO Putrajaya.

Kelihatan orang ramai menaiki motosikal dan kereta beratur panjang di bahu sepanjang jalan di kawasan tersebut untuk mendapatkan ayam percuma.

Susulan itu, keadaan jalan raya di kawasan tersebut sesak teruk sehingga ke jalan utama di Presint 9.

Rata-rata netizen bimbang dengan keadaan itu kerana ia mungkin akan mencetuskan kluster baharu wabak Covid-19 di Putrajaya.

Selain itu, netizen juga turut mengutuk tindakan orang ramai tersebut kerana tidak mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan kerajaan sebelum ini.

Pada masa sama, mereka turut mengecam tindakan penganjur kerana ketika ini Putrajaya diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersama enam negeri lain.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI