DOHA – Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti muncul pengendali paling berjaya Los Blancos selepas menjuarai Piala Intercontinental Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FIFA).
Pada aksi awal pagi semalam, Real mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Pachuca dari Mexico sekali gus menjadikan trofi ke-15 untuk melengkapkan detik paling hebat buat Ancelotti.
“Saya sangat gembira di atas kejayaan ini. Kami pamer dominasi hingga akhir perlawanan. Kami sentiasa memiliki kualiti berbeza, tetapi kami juga menunjukkan sikap yang betul.
“Dalam aspek menyerang, kami melakukannya dengan baik. Kami memiliki Kylian Mbappe dan Rodrygo untuk menjaringkan gol,” katanya.
Pada aksi semalam, Rodrygo, Vinicius Junior dan Mbappe masing-masing menyumbangkan satu gol buat Real Madrid.
Sepanjang dua kali mengemudi Real, Ancelotti berjaya memenangi tiga trofi Liga Juara-Juara, dan La Liga, Piala Raja Sepanyol, Piala Super Sepanyol, Piala Kelab Dunia dan tiga kali memenangi Piala Super UEFA.
Rekod sebelum ini dipegang oleh legenda Real Madrid, Miguel Munoz ketika menghabiskan tempoh 14 tahun sepanjang 1960 hingga 1974. – AGENSI