fbpx

EFL: Slot dedah tak senang duduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ membuka tirai jaringan buat Liverpool ketika mereka menewaskan Southampton untuk mara ke pentas separuh akhir EFL. - AFP

SOUTHAMPTON – Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui bimbang jika pasukannya berdepan kejutan pada hujung perlawanan ketika mereka mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Liga Inggeris menewaskan Southampton 2-1 awal pagi semalam.

Liverpool selesa mendahului dengan dua gol menerusi Darwin Nunez dan Harvey Elliot ketika perlawanan berlangsung selama lebih kurang setengah jam, namun Southampton berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan Cameron Archer.

Namun, Slot mengakui aksi hujung perlawanan membuatkan beliau tidak senang duduk ketika Southampton menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan dan mengheret perlawanan ke penentuan penalti terutama ketika Jarell Quansah menjatuhkan Mateus Fernandes di luar kotak penalti ketika masa kecederaan.

“Ketika menyaksikan dua pemain berlanggar (Quansah dan Fernandes), saya menjadi sangat resah kerana pengadil pasti akan membuat keputusan dan berharap ia bukanlah sepakan penalti kerana ia berlaku di kawasan yang sangat hampir.

“Pada saya ia bukan kesalahan kerana Quansah hanya menggunakan lengannya, tetapi anda tidak pernah tahu apa yang akan diputuskan oleh pengadil,” katanya yang menyaksikan perlawanan di tempat duduk penonton selepas digantung akibat melepasi had kad kuning.

Perlawanan itu juga menyaksikan Slot membuat lapan pertukaran termasuk mengetepikan Virgil Van Dijk dan Mohamed Salah untuk diberikan tempoh rehat yang cukup menjelang aksi liga menentang Tottenham Hotspur awal pagi Isnin ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI