fbpx

F1: Perez, Red Bull akhir berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEREZ kehilangan tempat selepas Red Bull membuat keputusan menyingkirkannya untuk membawa cabaran pasukan itu musim depan. - AFP

LONDON – Spekulasi mengenai perjalanan karier Sergio Perez akhir terjawab selepas pemandu Brazil tersebut sah meninggalkan pasukan Red Bull selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak lebih awal.

Perez sebelum ini dilaporkan tidak lagi menjadi pilihan utama pasukan Red Bull berikutan prestasi hambar pemandu Mexico tersebut tanpa sebarang kemenangan dan hanya empat podium musim ini.

Prestasi kurang memberangsangkan menjadi faktor utama mencetuskan persoalan dan timbul banyak khabar angin yang mengatakan Red Bull telah membuat persediaan untuk menggantikan Perez sejak pertengahan musim.

Pemandu muda dari New Zealand, Liam Lawson menjadi perhatian dan sering disebut-sebut sebagai pengganti Perez pada musim 2025 nanti.

“Saya amat bersyukur atas empat tahun yang luar biasa bersama Red Bull Racing dan peluang untuk berlumba dengan pasukan yang hebat ini.

“Pengalaman ini akan saya kenang selamanya bersama kejayaan yang pernah kami capai bersama,” kata Perez.

Penamatan kontrak Perez juga menimbulkan persoalan terhadap keputusan ketua pasukan Red Bull, Christian Horner yang memberikan kontrak lanjutan kepada Perez pada Mei lalu sehingga 2026.

Pada ketika itu, Perez sedang melalui kemerosotan prestasi, namun Horner berharap kontrak baharu itu dapat memulihkan keyakinan pemandu tersebut, namun prestasinya gagal pulih sehingga dianggap menjadi punca kegagalan Red Bull mempertahankan kejuaraan kategori pengeluar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN