fbpx

Anak lelaki Abuya, isteri didakwa cuba hina Islam dan bersubahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK lelaki pengasas Pertubuhan Al-Arqam dan isteri hadir ke prosiding pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah, Melaka.

MELAKA – Anak lelaki pengasas Pertubuhan Al-Arqam, Ashaari Muhammad dan isterinya didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini atas pertuduhan cuba menghina agama Islam dan bersubahat melakukan kesalahan tersebut pada September lalu.

Muhammad ‘Athoullah Ashaari, 39, dan Ummu Habibah Raihan, 41, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad Zin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad ‘Athoullah didapati memiliki tiga dokumen yang disita dalam Op Global pada 21 September 2024 iaitu buku Politik Islam Membawa Kasih Sayang Bil 2857, Pendidikan Rasulullah Bil 2185 dan satu bingkai gambar Ashaari.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 1.15 petang di dalam sebuah rumah bernombor, Taman Ayer Molek Perdana, Kuala Sungai Baru dalam daerah Alor Gajah pada 21 September 2024.

Sementara itu, Ummu Habibah Raihan didakwa di bawah Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 kerana bersubahat dengan Muhammad ‘Athoullah melakukan kesalahan itu dilokasi dan waktu yang sama.

Atras mencadangkan jaminan berjumlah RM1,000 terhadap Muhammad ‘Athoullah sebelum ini dilanjutkan sehingga ke tarikh perbicaraan baharu sementara isterinya dijamin RM3,000 atau dua orang penjamin.

Mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan dan menetapkan tarikh 13 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Dalam prosiding sama, mahkamah mengarahkan dua lagi anak lelaki Ashaari masing-masing berusia 42 dan 45 tahun serta isteri mereka yang sepatutnya dituduh hari ini ditunda ke tarikh 13 Februari dengan jumlah bon jaminan sama dikenakan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI