fbpx

5,642 individu dikompaun, merokok di lokasi terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly menunjukkan poster penguatkuasaan terhadap larangan merokok dan vape di premis makanan pada program pelancaran Jom Lapor di Putrajaya di sini, hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Sejumlah 5,642 individu dikompaun Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara kerana kesalahan merokok secara terbuka di lokasi yang dilarang.

Perkara itu didedahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dengan menyifatkan kompuan itu dibuat sejak penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang bermula 1 Oktober lepas.

“Setakat 17 Disember lalu, kita sudah pun mengeluarkan kompaun bernilai RM1,370,500 yang melibatkan tiga seksyen di bawah Akta 852 itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan laman sesawang JomLapor yang dibangunkan oleh KKM di sini tadi.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, sehingga kelmarin sejumlah 1,316 ‘hotspot’ atau titik kawasan panas untuk kes kesalahan merokok diadukan oleh rakyat kepada pihak KKM.

Jelasnya, tindakan penguatkuasaan menyaksikan peningkatan drastik tahun ini bagi tempoh sampai hujung bulan lalu dengan merekodkan 12,153 daripada 9,586 pada 2023.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI