fbpx

Perolehan pesawat tempur Hornet Kuwait tunggu kelulusan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Asghar Khan Goriman Khan menyampaikan Sijil Penghargaan Panglima Tentera Udara kepada salah seorang daripada empat pegawai TUDM yang telah mewakili Kementerian Pertahanan dan Malaysia ke Seoul International Invention Fair (SIIF 2024), Korea Selatan pada 27 hingga 30 November lalu sempena Hari Anugerah Kecemerlangan TUDM 2024, di Pangkalan Udara Sendayan, Seremban hari ini. FOTO NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Perolehan pesawat tempur F/A-18 Hornet milik Tentera Udara Kuwait (KAF) oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini di peringkat akhir dan hanya menunggu kelulusan Amerika Syarikat (AS) sebagai negara pengeluar pesawat berkenaan.

Panglima Tentera Udara, Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan berkata, segala persuratan antara kedua-dua kerajaan telah dilaksanakan dan satu jawatankuasa ditubuhkan membabitkan kementerian, TUDM dan KAF.

“Jawatankuasa ini akan berbincang dan melaksanakan proses mengambil alih pesawat ini kelak. Keperluan pesawat pejuang F/A-18 Hornet ini adalah sementara menunggu (peruntukan) Rancangan Malaysia ke-15 (RMK-15) untuk pembelian yang baharu bagi menjalankan tugas.

“Pesawat pejuang yang ada sekarang terus menjalankan operasi seperti pesawat jenis Su-30MKM juga F/A-18D Hornet. Dengan penambahan pesawat dari Kuwait ini, kita akan dapat laksanakan tugas rondaan lebih efektif,” katanya pada sidang akhbar pada Hari Anugerah Kecmerlangan TUDM 2024, di Pangkalan Udara Sendayan, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI