fbpx

Makmal forensik SPRM peroleh akreditasi Jabatan Standard Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam (kanan) menerima pengiktirafan daripada Jabatan Standard Negara baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya memperoleh Sijil Akreditasi ISO/IEC 17025:2017 daripada Jabatan Standard Malaysia selaras dengan Pelan Strategik SPRM 2021-2024.

Pengiktirafan akreditasi itu ditauliahkan kepada Bahagian Forensik Digital (BFT) SPRM menerusi Makmal Forensik Digital pada 13 November lalu di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM).

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, pengiktirafan itu mencerminkan tahap profesionalisme SPRM dalam memastikan makmal ini beroperasi.

Katanya, ia berdasarkanm keperluan ISO 17025:2017 yang merupakan standard antarabangsa untuk mengesahkan kompetensi makmalpengujian dan kalibrasi.

“Akreditasi MS ISO/IEC 17025 adalah lebih daripada sekadar pengiktirafan. Ia merupakan tanda aras keupayaan teknikal Makmal Forensik Digital SPRM untuk menghasilkan keputusan analisis forensik tepat serta mematuhi sistem pengurusan, pengesahan kaedah analisis, kawan proses analisis dan kompetensi personal makmal,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Azam berkata, menerusi akreditasi itu, hasil analisis forensik digital SPRM bukan sahaja diperakui di Malaysia tetapi diiktiraf di peringkat global.

Jelasnya, keupayaan itu bakal membuka ruang untuk pihaknya menjalinkan kerjasama rentas sempadan dalam siasatan dan penyelidikan.

Akreditasi yang diperoleh BFT SPRM melibatkan empat skop iaitu forensik komputer, forensik audio video dan imej selain forensik telefon bimbit serta forensik tulisan tangan pengubahsuaian dokumen dan ‘stamp impression’.

Tambah Azam, dengan pencapaian ini, BFT kini mempunyai mandat untuk memastikan semua proses analisis forensik digital berjalan mengikut piawaian yang telah ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI