fbpx

Liga Super: KDA FC nafi tarik diri musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain KDA FC masih semangat turun beraksi ketika menentang Penang FC semalam. - Foto ihsan KDA FC

ALOR SETAR – Kelab Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menafikan pihaknya bakal menarik diri daripada saingan Liga Super, musim depan.

KDA FC dalam kenyataan di laman Facebook rasmi memaklumkan, pihaknya tidak pernah menghantar surat mengenai hasrat itu dan kononnya mahu beralih ke saingan Liga A1 Semi Pro.

“Pihak pengurusan kelab memohon agar pihak yang telah menyebarkan maklumat palsu tersebut supaya memohon maaf kerana ia telah menjatuhkan reputasi kelab.

“Semua pihak, termasuk media atau pihak wartawan agar lebih sensitif dalam memberi kenyataan supaya tidak cenderung ke arah menyebarkan maklumat palsu dan mencipta persepsi yang tidak baik kepada kelab,” katanya.

Menurut laporan sebuah portal kelmarin, Sri Pahang FC dan KDA FC dikatakan sudah pun membuat permohonan untuk meninggalkan Liga Super pada musim depan. 

KDA FC dilaporkan merancang untuk bersaing dalam saingan separuh profesional negara iaitu Liga A1 Semi Pro di bawah kendalian Amateur Football League (AFL) manakala Sri Pahang belum dapat dipastikan status penyertaannya di mana-mana liga.  – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN