fbpx

‘Google’ gambar sate hangit, berlakon macam pelanggan teraniaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan WhatsApp antara Syafiq dan individu terbabit yang dikongsikan di Facebook.

PETALING JAYA – Seorang peniaga sate berkongsi pengalaman apabila dia hampir ditipu oleh seorang individu yang mengaku sebagai pelanggan kedainya dengan meminta bayaran ganti rugi disebabkan menerima set sate hangit.

Berkongsi cerita, peniaga tersebut dengan akuan Facebook, Shafiq Moktay memaklumkan dia menerima beberapa mesej di WhatsApp daripada individu terbabit yang menuntut bayaran semula daripadanya kerana menerima hampir 140 cucuk sate ayam dalam keadaan hangit dan berwarna hitam.

“Saya rasa macam pelik tak akanlah 140 cucuk, semuanya hangit. Dan biasalah kalau hangit sikit-sikit, itu normal disebabkan kita bakar pakai arang,” kata peniaga sate itu.

Syafiq kemudian meminta individu terbabit membawa semula ‘sate hangit’ itu ke kedainya untuk diganti dengan yang baharu.

Malah, individu itu memaklumkan dia kini berada di Cheras, Selangor dan tidak dapat ke Manjung, Perak semula untuk menghantar sate.

“Nak dijadikan cerita dia mintak refund (pulangan bayaran) kemudian minta dia datang gerai bawa sate yang hangit itu, kita akan ganti yang baharu. Tiba-tiba dia cakp dia duduk jauh dekat Chera. Nampak menipu di situ,” jelasnya.

Kongsi peniaga itu lagi, dia turut membuat carian gambar berkaitan ‘sate hangit’ seperti dikongsikan individu tersebut di Google dan mendapati ia adalah gambar sate kerbau yang dijual di negara seberang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI