fbpx

Syabu 36 kg RM1.15 juta dalam bungkusan teh Cina dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairi (tiga) menunjukkan sebahagian bungkusan mengandungi dadah disyaki syabu pada sidang akhbar di IPK Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang lelaki meraih keuntungan besar daripada 36 kilogram (kg) serbuk putih dipercayai syabu bernilai keseluruhan RM1.15 juta tidak kesampaian apabila dicekup polis pada kelmarin.

Kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Alphard yang membawa dadah berkenaan berjaya ditahan sepasukan polis di Kilometer 268.8 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Kemaman pada pukul 4 petang.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, siasatan awal percaya sewaktu ditahan, kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun itu dalam perjalanan membawa bekalan dadah berkenaan ke Lembah Klang.

“Kita percaya bekalan dadah disyaki syabu itu diperoleh dari negara jiran dan sedang dalam perjalanan untuk pasaran Lembah Klang. Dadah seberat 36 kg terbabit boleh menampung keperluan lebih 180,000 penagih dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, dadah disyaki syabu itu dijumpai dalam 35 bungkusan teh Cina dan emakan mendapati lelaki berasal dari Kuala Besut itu mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI