fbpx

JPA nafi wajibkan ‘orang gomen’ miliki BMI seimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau kenyataan yang mewajibkan semua penjawat awam memiliki indeks jisim badan (BMI) yang seimbang.

Penafian itu dibuat susulan kenyataan dikeluarkan Pengarah Hospital Miri, Dr. Jack Wong Siew Yu pada 7 Disember lalu yang mendakwa JPA mewajibkan semua penjawat awam memiliki bacaan BMI sihat mulai tahun depan.

JPA dalam satu kenyataan berkata, Pekeliling Perkhidmatan Awam (MyPPSM) Ceraian S.R 2.5.1 Perisytiharan Rekod Kesihatan Bagi Membudayakan Gaya Hidup Sihat Pegawai Awam yang diedarkan pada 6 September 2022 lalu adalah menggalakkan semua pegawainya melaksanakan saringan kesihatan kendiri.

Ia termasuk mengambil ukuran berat badan dan tinggi bagi melihat status BMI dan diisytiharkan dalam sistem.

“Kami ingin menjelaskan bahawa sebarang kenyataan awam yang melibatkan JPA mestilah mendapat kebenaran rasmi daripada JPA.

“Selain itu, kami juga ingin mengingatkan agar JPA tidak dijadikan rujukan rasmi tanpa fakta disahkan terlebih dahulu. Kenyataan ini dibuat untuk memastikan maklumat yang disampaikan kepada umum adalah tepat dan tidak menimbulkan salah faham,” katanya.

Tambah JPA, pihaknya kekal komited untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha menangani isu obesiti di kalangan pegawai awam dan menyokong langkah-langkah dalam meningkatkan kesihatan awam secara keseluruhannya.

“JPA percaya penjelasan ini akan menyumbang kepada komunikasi lebih berkesan pada masa akan datang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI