fbpx

Bekas tukang masak tersenyum, lega terlepas ke tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM HAU tersenyum sambil bersalaman dengan peguam mewakilinya, Mohd Daud selepas Mahkamah Tinggi Johor Bahru membebaskan dan melepaskannya atas pertuduhan membunuh Liew Yuan, 6 tahun lalu.-Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Seorang bekas tukang masak dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki berusia 24 tahun di hadapan pos pengawal sebuah kondominium di Plentong, di sini, tujuh tahun lalu.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar dalam penghakiman berkata, mahkamah memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Katanya, pihak pendakwaaan telah gagal membuktikan kematian si mati disebabkan oleh kecederaan-kecederaan yang dilakukan oleh tertuduh, Calvin Phua Kim Hau, 27.

Tambahnya, mahkamah ini berpendapat keterangan dua saksi pendakwaan tidak secara positif mengesahkan tertuduh yang melakukan tikaman ke atas si mati, John Liew Yuan.

“Mahkamah ini telah menimbangkan secara maksima keterangan yang dikemukakan sepanjang kes pendakwaan dan setelah menghalusi hujahan bertulis pihak-pihak.

“Sekadar kehadiran tertuduh di tempat kejadian tanpa perlakuan lainnya tidak mencukupi untuk mengaitkan tertuduh dengan pembunuhan yang berlaku di hadapan pos pengawal kondominium tersebut.

“Mahkamah ini memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Tertuduh dilepas dan bebas atas pertuduhan,” katanya dalam keputusan penghakiman di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI