fbpx

Satu Malaysia menangis, nak buat kenduri arwah untuk Falah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATAH Falah lakonan Zahiril yang ditimpa kecelakaan dan berakhir dengan kematian tidak boleh diterima khalayak.

PETALING JAYA – Banjir air mata! Itu yang berlaku apabila watak Falah lakonan Zahiril Adzim dalam drama fenomena, Andai Tiada Diana meninggal dunia akibat kanser semalam.

Rata-rata netizen mengakui tidak dapat menahan sebak dan turut menangis sepanjang menonton babak Suri lakonan Ummi Nazeera yang reda ‘melepaskan’ pemergian suaminya.

Bukan itu sahaja, ada juga penonton yang terlalu beremosi sehingga tidak mahu reda dengan kematian Falah.

“Biarlah Suri reda tetapi aku tidak. Kenapa pengarah nak matikan watak Falah! Penat menangis malam ini.

“Falah pula meninggal dunia, nyawa Intan liat pula nak mati. Sudah terbakar pun masih bernyawa.

“Tak boleh ke biarkan Suri dan Falah bahagia, kenapa perlu mati. Streslah,” komen netizen.

Lebih lucu, terdapat juga komen yang memberitahu ada individu mahu melalukan kenduri arwah untuk Falah.

“Tadi baca komen, ada orang beritahu group WhatsApp taman mak cik dia ajak buat bacaan Yasin untuk Falah, aduh!” kata seorang individu.

Difahamkan, drama arahan Riza Baharudin itu bakal berakhir pada episod 36 malam ini.

Sejak ditayangkan, Andai Tiada Dia berjaya mencipta fenomena sendiri dan tular dalam media sosial hampir setiap hari.

Selain Ummi dan Zahiril, drama ini turut dibintangi Mimi Lana, Alicia Amin, Rosnah Johari, Shamsul Ngau Ngau dan Aznah Hamid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI