fbpx

‘Keluar pagi balik petang, adakala sampai malam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berkongsi beberapa gambar sewaktu meluangkan masa bersama anak dan cucunya di sebuah restoran di ibu kota malam tadi. Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – “Keluar pagi balik petang, adakala sampai malam, cari rezeki bawa pulang, buat orang yang tersayang…”.

Itulah antara bait-bait lirik lagu Nyanyian Serambi dari penyanyi lagenda rock negara, Datuk Ramli Sarip yang dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggambarkan kesibukan beliau setiap hari.

Anwar menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini berkata, selepas selesai menghadiri program di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam tadi, beliau terus meluangkan masa bersama keluarga di sebuah restoran di ibu kota.

Dalam hantaran tersebut, beliau berkongsi beberapa keping gambarnya bersama anak dan cucu-cucu.

“Usai acara di DBP, saya sempat melayani cucu-cucu yang kelaparan sebelum pulang ke rumah.

“Teringat bait lagu ‘Nyanyian Serambi’ oleh paparock Ramli Sarip malam tadi, “keluar pagi balik petang, adakala sampai malam; cari rezeki bawa pulang, buat orang yang tersayang,” katanya.

Terdahulu, Anwar meluangkan masa kira-kira dua jam menghadiri Malam Manifestasi Tiga Seni, merupakan sebuah acara menggabungkan tiga seni utama iaitu puisi, lukisan dan lagu yang disertai lebih 1,000 tetamu.

Acara tersebut diserikan dengan persembahan deklamasi puisi oleh tokoh sastera negara serta persembahan muzim daripada artis terkenal tanah air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI