fbpx

Selebriti lelaki terlibat ganja disambung reman empat hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Selebriti lelaki yang ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja baru-baru ini disambung reman empat hari lagi bagi membantu siasatan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi hari ini.

Norhizam berkata, selebriti itu sebelum ini telah direman selama lima hari bermula 15 Disember lalu yang mana tempoh remannya sepatutnya tamat hari ini.

“Dia disambung reman empat hari (bermula hari ini). Hari ini kesnya rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk proses selanjutnya,” katanya.

Perintah lanjut reman itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Sepang, pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI